Assalamualaikum. Ahlan wasahlan. :)
Letih nye :'( Just done amali sains sukan pagi tadi. Sakit urat-ii badan. Huhu :D Lame dah effa tak bersukan. Tuhh yang jadi tak larat tuhh :( Sakit kat situhh, sakit kat sini. Hmm. Kesian effa. Ohh ye
Mesti rakan-rakan pernah mecuba untuk
mengingati masa lampau kan? Masa lampau yang hanya membuatkan ada berasa sedih,
kecewa, lemah semangat. Kann??
Teringat-ingat masa lalu dan bersedih hati
adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Lebih daripada itu, ia boleh
mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Bagi orang-orang yang waras,
fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan
dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam
penjara kelupaan, diikat dan digari di dalam kurungan yang kuat sehingga ia
tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena
cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia
tidak boleh kembali dengan apa juga kesedihan. Ia adalah sessuatu yang sudah
tiada.
Wahai rakan-rakan,
Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lahu,
jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskan dirimu
daripada pengaruh masa lampau. Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu sama
seperti anda menyia-nyiakan masa sekarang. Sesungguhnya orang yang kembali
kepada masa lalu adalah tidak perlu kerana manusia tidak perlu menoleh atau
berpaling ke belakang sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air pun
mengalir ke depan, kefilah pun berjalan ke arah depan. Justeru, kita janganlah
cuba menentang arus dan aturan hidup sunnah alam. Jadikan yang semalam sebagai
pengajaran bahkan bukan lagi sebagai amalan.
Nehh effa kongsi berdasarkan satu buku nehh
yang effa bace. Abah effa beli kat ibu time ulangtahun perkahwinan diorang 2
tahun lepas mase effa form 5. Karya sape effa tak ingat, tapi tajuk die : LA
TAHZAN, JANGAN BERSEDIH, DON’T BE SAD. Buku nehh tebal macam novel gak arr.
Best bace. InshaaAllah, pasti terubat laa :) Harga dia RM 19.90 je. Kat Popular
, MPH Bookstore ponn ade tak silap effa :) *promotekejap* huhu.
Lat but not least, bergembira and
berbahagialah, optimis dan hargai hidup rakan-rakan yang sekarang. Jalani hidup
anda dengan rela dan senang hati :)
Sincerely @_arfahaida_effa