Hye readers !! :) Hee .Sakit kaki weyhhh ! Dah lame tak exercise .Dan-dan je hari nehh kene amali Sains Sukan .Beep Test !! Sape-ii yang amik course Sport Science tau laa kann .Huhu .
Nehh daa lepas Beep Test :) me and Sarah |
Okayy okayy .Sekarang nehh ,effa dah tak mempunyai mase free macang dulu :'( sobs sobs .Sem nehh banyak assignment *ececehh .assignment konon .haha .PBS laa .Ade due PBS yang effa kene complete kann tuk sem nehh .hoho .Every weekend ,library and sekolah ,dah jadi rumah kedua effa tau sekarang nehh .Haha :D InsyaAllah .Semoga apa yang effa usahekan nehh ade hikmah nye suatu hari nanti .Amin :)
Lepas cari bahan untuk PBS ,ape lagii ?? Melantak ahh dulu :3 |
Ehh ,jap-ii ! korang yang upper six tuhh daa siap ke rangke proposal ?? Kalau tak, nehh effa nak tunjuk sikit .Tapi ..sikit jelaa .effa ponn taksiap lagi :D huhu .bantu membantu kan amalan mulia .hee :)
Format Proposal PBS Sejarah
FORMAT
PROPOSAL PBS SEJARAH 940/4
1. Tajuk
- Terangkan apa kajian yang akan dilakukan
berdasarkan tema yang dipilih.
2. Pengenalan
- Nyatakan secara ringkas tentang tajuk &
kawasan kajian.
CONTOH :
TAJUK: FAKTOR PERKEMBANGAN PEMBUATAN WAU DI PANTAI CAHAYA
BULAN,KOTA BHARU, KELANTAN
PENGENALAN
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini
mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan
rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun
dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini.
Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada
zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan
kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan
tentang permainan wau.
Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di
kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti
Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi
selepas musim menuai.
Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di
sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu
sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan
mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara
daerah-daerah.
Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam
mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah
didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui
pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan
kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.
3. Objektif Kajian
- Mengenalpasti apakah yang hendak dikaji.
(sekurang-kurangnya 3)
*
mengenalpasti asal usul ......
* mengenalpasti tempat-tempat
menarik yang terdapat di .....
* mengenalpasti masalah2 yang
berlaku di .....
4. Permasalahan Kajian
- Bila permasalahan berdasarkan objektif kajian.
*
Apakah asal usul .... ?
* Apakan tempat2 menarik yang
terdapat di .... ?
* Apakah masalah yang berlaku
di .... ?
5. Skop Kajian
- Terangkan setakat mana bidang kajian dan kawasan
yang hendak di kaji
* Kajian dilakukan di sekitar
....... dengan membuat soal selidik yang dikaji setakat .... org responden.
6. Sorotan Kajian Lepas
- Cari & nyatakan sekurang-kurang 2 pengkaji yg
pernah membuat kajian yg tajuknya hampir sama dgn anda.
* Adam b. Ahmad telah membuat
kajian tentang Sejarah Penempatan Kg. Org Asli di Puchong .
* Cari kat internet yg tajuknya
lebih kurang dan yang penting, tema mesti sama.
7. Kaedah / Metodologi Kajian
- Nyatakan kaedah yang akan digunakan seperti
kajian perpustakaan, soal selidik, kajian lapangan dsbg
8. Rujukan / Bibliografi
- Senaraikan sumber rujukan yang akan digunakan
untuk membuat kajian
Kalau korang tak paham or nak tanye ape-ape or maybe nak share-ii ngan effa .Contact FB or Twitter effa ehh ?? Kayy .Got to go .Assalamualaikum guys .
Take pic kejapp before gi dinner ngan family :) *Ngee |
Sincerely effa_Arfah Aida Binti Mat Jizi
konpem btul ke ni ??
ReplyDeleteHi ^^ Nak tanya nie ... Objektif Kajian & Permasalahan Kajian tue berkait rapat je ke ??? :)
ReplyDeleteterima kasih hai kakak. .. :D
ReplyDelete